Showing posts with label Aqiqah. Show all posts
Showing posts with label Aqiqah. Show all posts

Saturday, April 3, 2010

Kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid 3

Product code : Kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid 3
Product name : Kitab Fikah Mazhab Syafie Jilid 3
Price : SGD7.70
Cover : (Hard/Soft)
Pages :

About this book =) Buku yang berjilid satu hingga lima ini menghuraikan persoalan Fiqh berdasarkan pandangan yang ada dalam mazhab Shafie. Di samping perbincangannya yang menyeluruh, meliputi hampir keseluruhan tajuk dalam bab Fiqh , ia tetap istimewa dari segi perbincangannya yang tidak meleret terus kepada apa yang ingin disampaikan dan mudah difahami. Ia disusun berdasarkan tajuk-tajuk kecil yang mudah dicari, serta pelbagai keistimewaan lain yang hanya dapat dirasai oleh pembaca. Jilid ini mengandungi topik topik seperti Sumpah, Nazar, Perburuan dan Sembelihan, Aqiqah, Makanan dan Minuman, Pakaian dan Perhiasan dan Kafarah.

Panduan Ilmu Fiq'h, Bab Korban, Aqiqah, Makanan & Perubatan

Product code : Panduan Ilmu Fiq'h, Bab Korban, Aqiqah, Makanan & Perubatan
Product name : Panduan Ilmu Fiq'h, Bab Korban, Aqiqah, Makanan & Perubatan
Price : SGD10.00

About this book =) Buku ini mengandungi maudu`-maudu`yang sungguh menarik dan sering kali ditanya dalam program kemusykilan agama melalui Radio, TV dan suratkhabar. Antaranya ialah penggunaan benda-benda najis sebagai ubat, memakan bangkai, babi atau mayat dalam masa darurat, haiwan-haiwan di darat dan di laut yang halal dan haram bagi orang-orang Islam. Selanjutnya, dikupas dengan teliti ibadat Korban, Aqiqah dan Hadyun, termasuk soalan sama ada boleh atau tidak daging korban diagihkan kepada yang bukan Muslim. Perhubungan dengan perkara-perkara tersebut ialah Penyembelihan (yang sah dan yang tidak sah) dan Perburuan yang dibolehkan oleh syarak. Buku ini juga memberi keterangan tentang hukum Salam dan kelebihannya, serta cara menyambut tetamu menurut agama kita. Ia pun mengetengahkan amalan Jampi dan Tangkal dan akhir sekali berhubung dengan mata manusia dan apakah ia boleh mendatangkan mudarat kepada orang lain. Semoga setiap maudu` ini dapat membuka minda pembaca serta bermanfaat. Hasil buku ini adalah daripada kitab-kitab penyusun dari pelajaran ilmu Fiqh Al-Marhum Syeikh Omar Al-Khatib.